Thursday, December 4, 2014

Importer and supplier of Alang Alang (Atap Lalang) as roofing material  in Malaysia. We offer our Alang Alang cheapest price in Malaysia. Our Alang Alang supplied in Malaysia are made to meet standard and quality of International Resort . We supplied our Alang Alang to Golden Palm Tree Resort Sepang Goldcoast, Redang Island Berjaya Spa & Resort, Morib Goldcoast Resort, Jerejak Resort, The Mine, Sunway Borneo Rainforest Cafe, Gambang Theme Park, Local Contractors and Individuals. Please call or email for futher clarification. 

Kami adalah juga pengimpot dan pembekal tunggal Rumah Bambu @ Rumah Buluh dari Indonesia. Sila layari website http://rumah-bambu-malaysia.blogspot.com dan bersedia menerima tempahan dari individu atau dari pusat peranginan. 

Kami juga adalah pembekal kayu bakau untuk cerucuk yang di impot dari Indonesia. Sila layari website: http://pembekal-kayu-bakau.com untuk maklumat lanjut.
 A. Pengenalan Barang/Product:
 
          Atap Lalang atau Alang ALang semakin popular digunakan di Malaysia dan dipasang di resort, villa, bungalow, chalet, gazebo dan lain-lain bangunan. Ia juga amat popular digunakan di merata dunia terutama di pusat-pusat peranginan bertaraf antarabangsa di negara-negara bercuaca panas. Antara negara-negara yang memasang atap lalang adalah Australia, USA, Mauritius, Fiji, Thailand, Hawaii dan Indonesia sendiri. Suhu dibawah bangunan yang dipasang dengan atap lalang akan menurun kerana bahan atap lalang adalah penebat haba yang baik. Selain berfungsi sebagai penebat haba, bumbung dari atap lalang kelihatan sangat cantik dari pandangan luaran dan kelihatan amat menarik pada bahagian dalam bumbung bangunan tersebut.  Anda boleh melayari web-web yang berkaitan dengan 'ALANG ALANG BALI' untuk melihat sendiri pemakaian atap lalang di serata dunia. Sila klik link dibawah sebagai testimoni penggunaan atap lalang di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bumbungmesraalam/Article/index
 
B. Ukuran Sais Atap:
 
2.0m(panjang) x 0.7m(labuh) x 2.0cm(tebal)

Jarak kayu kasau(rafter) disyorkan diantara satu sama lain adalah 0.667m / 66.7cm / 667mm.
(rafter distance recommend - 0.667m / 66.7cm / 667mm) 
 
C. Tempoh Jaminan,  Pengiraan Keperluan & Harga Atap:    
 
Sehingga 15 tahun untuk jarak 1 1/2 inci dari setiap kepingan atap.
Ketebalan atap sehingga 10" untuk 12 keping overlap. Sudut bumbung minima 45 degree.
Keperluan atap - 12.2 pcs/sq yd @ 13.5 pcs/sq m @ 1.35 pcs/sqft
 
Sehingga 10 tahun untuk jarak 2 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 8" untuk 10 keping overlap. Sudut bumbung minima 35 degree.
Keperluan atap - 9 pcs/sq yd @ 10 pcs/sq m @ 1.00 pc/sqft
 
Sehingga  7 tahun untuk jarak 2  1/2 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 7" untuk 9 keping overlap. Sudut bumbung minima 35 degree.
Keperluan atap - 7.2 pcs/sq yd @ 8 pcs/sq m @ 0.80 pcs/sqft
 
Sehingga 5 tahun untuk jarak 3 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 6" untuk 8 keping overlap. Sudut bumbung minima 30 degree.
Keperluan atap - 6.3 pcs/sq yd @ 7 pcs/sq m @ 0.70 pcs/sqft

Upah Pemasangan: RM25.00/sq m @ RM2.50/sqft

Nota: Untuk bumbung berbentuk piramid, tambahan sebanyak 10%  dari jumlah keperluan luas permukaan bumbung sebagai sisa buangan @ 'wastage' didalam pengiraan jumlah keperluan atap.

D. Harga sekeping atap
 
RM 12.00 sekeping (Tidak termasuk kos penghantaran yang ditetapkan oleh syarikat pengangkutan)
Discount diberikan untuk jumlah tempahan yang besar .
FCL kontena 40' High Cubic 9' 6"  - 5000 keping - Harga boleh runding lagi dengan discount besar.

E. Bahan Binaan Rabung(Ridge Capping)- Wowong
 
Bahan mentah untuk membuat rabung bagi bumbung berbentuk piramid.
Harga bahan wowong: RM2.00/unit
Keperluan bahan wowong: 9pcs/ft = RM18.00/ft
Upah pemasangan + bahan keperluan lain: RM10.00/ft

F. Bahan Binaan Kerakat(Buluh Penindih Atap)

Buluh yang dibelah(split bamboo) digunakan untuk menindih permukaan atap bagi mengelak atap tersingkap oleh tiupan angin yang kuat. 
Ukuran: 1 1/2"(lebar) x 10'(panjang)
Harga se unit: RM 2.50
Keperluan bahan: 3 pcs/sq m @ 95% dari luas permukaan bumbung
Upah pemasangan: RM25.00/sq m

G. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Usia Ketahanan Atap

a) Jarak tindihan@overlapping - Lebih rapat jarak pemasangan, bumbung semakin tahan lama. Atap yang lebih rapat menyebabkan bumbung menjadi lebih tebal. Ketebalan ini melambatkan penipisan atap oleh proses pereputan semulajadi.

b) Sudut curaman bumbung - Lebih besar sudut curaman, bumbung semakin tahan lama. Sudut yang besar melancarkan pengaliran air hujan, mengurangkan resapan air kedalam atap dan seterusnya melambatkan proses pereputan semulajadi.

c) Lokasi bangunan - Bumbung bangunan yang berada ditempat lapang dan sentiasa terdedah kepada cahaya matahari akan tahan lebih lama berbanding bangunan yang berada ditempat teduh e.g bawah pokok. Atap yang berada ditempat teduh akan lambat kering dan mempercepatkan proses pereputan semulajadi.

d) Geografi - Atap yang berada di negara yang panas dan kering akan tahan lebih lama berbanding dari negara yang sering ditimpa hujan. Tiada masalah timbul bagi negara Malaysia.

e) Alas bawah bumbung - Sebarang pemasangan apa-apa bentuk alas dibawah atap lalang akan memendekkan usia atap dengan ketara. Ini adalah kerana pemasangan alas berkenaan menyebabkan udara tidak dapat beredar dibawah atap lalang untuk mempercepatkan proses pengeringan air selepas hujan.

H. Terma Pembayaran:
 
Bayaran Pendahuluan: diperlukan untuk mengesahkan tempahan besar.
Pembayaran Penuh: On Delivery: Cash/Company Cheque/Bank Draft

I. Lain-Lain Bahan Bekalan

Kami juga membekal Atap Nipah(http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com) dan Kayu Bakau cerucuk(http://pembekal-kayu-bakau.com) untuk keperluan pasaran tempatan. Bersedia menerima tempahan untuk seluruh negara.
 

Terima kasih kerana melawat website ini.

Sila hubungi HEDZIR : 019-7786837 untuk maklumat lanjut.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home